Reviews

REVOLVER by Syahmi Hafizuddin

nura_aziz's review

Go to review page

2.0

2.5 bintang

Mula-mula baca, nampak macam plot novel Murtad. Then lama- lama memang jelas macam manga/anime. Macam boleh bayang jer watak-watak tu seperti watak anime (agak cliche). Ayat-ayat dan susunan perjalanan sangat amateurish, dan memang nampak la usia penulis yg masih muda dan masih lagi belajar. Tak berapa meyakinkan.

So far, I think Tangkas is way much better than this one.

mobyskine's review

Go to review page

3.0

Sebenarnya beli REVOLVER sebab suka dengan cara penulisan penulis dalam TANGKAS. Tak jauh beza tema REVOLVER dan TANGKAS. Kisah sekumpulan anak muda yang punya kuasa luarbiasa dalam misi menjaga satu artifak penting dari diragut dan disalahguna oleh satu kumpulan rahsia yang lain. Perkenalan watak dari awal sangat bagus, cuma ada bahagian seperti tak penting dan humor yang diselit rasa dipaksa masuk ke plot untuk bagi menarik. Ada motif jelas dalam naratif jadi tak rasa janggal dengan penceritaan REVOLVER. Paling utama aku gemar tentang penulisan REVOLVER adalah tentang adegan aksi pergaduhan dan lawan senjata yang diceritakan dengan bagus, jelas dan perinci. Ada satu dua onomatopoeia yang janggal dan kedengaran pelik tapi tak mengganggu sangat bacaan aku sebab plot aksi REVOLVER macam dah tutup kekurangan ni (kalau pernah baca TANGKAS mungkin dah biasa dengan tabiat penulis yang suka selitkan onomatopoeia dalam babak aksi). Penulis bagus jaga naratif aksi supaya tak nampak chaos atau selerak, cara penulis curah idea untuk jalan cerita juga tak terlalu padat dan berat sampai penat nak hadap, just nicely written and appropriately. 3.5 bintang dan harap ada lagi novel tema aksi begini daripada penulis di masa akan datang!

arinalau's review

Go to review page

4.0

Revolver (by Syahmi Hafizuddin) menceritakan tentang sebuah pasukan 'assasin' bernama 'Ares' yang terdiri daripada 4 orang individu yang masing-masing mempunyai kemampuan luar biasa, dan masing-masing mempunyai peranan yang berlainan. Mereka ditugaskan untuk 'assasinate' orang-orang yang mempunyai niat jahat untuk memiliki salah satu artifak istimewa iaitu revolver, sehinggalah ahli keluarga salah seorang daripada yang mereka bunuh memburu mereka untuk membalas dendam.

Saya mula-mula berminat terhadap novel ini kerana terbaca dalam reviu bahawa ia mempunyai persamaan dengan Six Of Crows, novel fantasi yang amat saya minati, and it had those vibes which made it much more exciting.

Namun selain 'vibes' Six Of Crows, saya juga mendapat 'vibes' anime daripada penceritaannya (walaupun saya kurang menonton anime), jadi terasa juga seperti sedang menonton anime.

Sesetengah dialog agak klise, namun ia tidaklah mengganggu pembacaan. Saya suka dengan jalan penceritaan yang tidak mendatar dan beberapa 'plot twists' yang tidak dijangka. Adegan-adegan aksinya juga agak menarik dan tidak bosan untuk dibaca bagi saya, dan 'storyline' yang diperkenalkan pada pengakhiran novel membuatkan saya berminat untuk membaca novel seterusnya.

Novel ini boleh dikatakan sebagai 'quick read' dan ia telah menambah minat saya untuk membaca lebih banyak novel Fixi.
More...