A review by biblio_mom
Elite Bunian: Api Bukit Tengkorak by Sabrina Ismail

3.0

Penulisan Puan Sabrina ni sedap dibaca dan beliau kreatif mereka idea yang segar sebagai jalan penceritaan buku-bukunya. Untuk buku ini, adalah plot holes sikit-sikit, tapi kebolehan menulisnya usah disangkal. Orang dewasa seperti saya lagi mampu menikmatinya, apatah lagi para remaja mahupun sekolah rendah atasan.

Ia mengisahkan tentang Raed yang diangkat oleh keluarga Tuan Amir kerana suatu peristiwa yang terjadi melibatkan Daniel semasa kecil. Raed terkenal dengan perangai cemerkapnya, dan Daniel dikenali sebagai anak orang kaya pembuli di sekolah.

Rupa-rupanya Raed yang berkebolehan melukis luar biasa ini bukanlah seperti yang disangka. Identitinya bakal terbongkar apabila menjalankan sebuah misi yang mendebarkan bagi menyelamatkan sebuah hutan yang besar dari dimusnahkan oleh insan yang dia sayangi.