A review by biblio_mom
Bahagia Cara Kita by Syira Lokman

4.0

GIVEAWAY TIME! berlangsung 17-30 April di IG @biblio_mom

Memaknai erti kebahagiaan sebenar. Itulah perkara utama yang mahu diketengahkan oleh penulis. Setiap pada kita mustahil tidak pernah tertanya-tanya dan memikirkan adakah hidup kita benar-benar bahagia? apabila melihat sang influencer di medsos, seronoknya kehidupan mereka! tapi benar-benar bahagiakah? Adakah dengan memiliki wang yang banyak, kereta mewah, rumah besar, followers/rakan-rakan yang ramai, pasangan rupawan, bakal memberi bahagia selamanya? Benarlah. Kita kerap melihat permukaannya sahaja. Dan di era penggunaan medsos kini sedikit sebanyak menghilangkan rasa bahagia di dada.