A review by eisya
Reasons to Stay Alive by Matt Haig

emotional hopeful informative inspiring reflective slow-paced

4.75

 
"𝙎𝙤𝙢𝙚𝙩𝙞𝙢𝙚𝙨 𝙤𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙤𝙘𝙠𝙮, 𝙬𝙞𝙣𝙙𝙮 𝙥𝙖𝙩𝙝 𝙤𝙛 𝙧𝙚𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧𝙮, 𝙬𝙝𝙖𝙩 𝙛𝙚𝙚𝙡𝙨 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙛𝙖𝙞𝙡𝙪𝙧𝙚 𝙘𝙖𝙣 𝙗𝙚 𝙖 𝙨𝙩𝙚𝙥 𝙛𝙤𝙧𝙬𝙖𝙧𝙙."

Buku ini bergenre memoir, boleh juga dikategorikan sebagai self-help. Aku suka cara penulis menceritakan secara terperinci tentang bagaimana beliau pertama kali menghidap depresi, sehinggalah berjaya menyiapkan naskhah Reasons to Stay Alive ini. Kemahiran menulis Matt Haig membolehkan pembaca memahami dengan lebih mendalam mengenai pengalaman, perasaan beliau, yang sudah tentu, pada hemat saya, perkara sebegitu, sukar untuk diperjelaskan. Perlu untuk saya tekankan yang buku ini merupakan pengalaman peribadi beliau sendiri, yang berkemungkinan simptom-simptom yang dialami tidak kesemuanya sama seperti pesakit-pesakit depresi yang lain. Walaupun begitu, buku ini sesuai buat pembaca mendapatkan gambaran kasar namun lebih mendalam tentang depresi. Depresi itu benar, dan ianya memang wujud. #breakthestigma

Aku tersenyum kecil tatkala membaca bait-bait bab #reasonstostayalive . Buku ini banyak memberikan makna pada aku, macam teman. Masakan tidak, sekiranya sesuatu yang ditulis dari hati, pasti lebih mudah untuk sampai ke hati pembaca, bukan? Aku kagum dan berterima kasih kepada Andrea, selaku teman wanita Matt Haig. Melalui pembacaan, aku dapati yang bukan mudah untuk menjaga dan memberi sokongan pada mereka yang sedemikian. Dia lah yang selalu bersamanya, menemani hampir setiap masa kerana Matt Haig juga menghadapi kesukaran untuk berpisah dengannya, ataupun istilah yang digunakan dalam buku ini adalah 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘹𝘪𝘦𝘵𝘺.

Aku tabik pada nekadnya Matt Haig untuk menulis catatan tentang perjuangannya melawan depresi dan anxiety. Aku teringat akan penulisan Faris Nazrin dalam buku Aku Dijangkiti Kehidupan, "...𝘋𝘦𝘱𝘳𝘦𝘴𝘴𝘦𝘥 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦, 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘦𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘭𝘪𝘴𝘵𝘦𝘯 𝘵𝘰𝘰. 𝘠𝘰𝘶 𝘯𝘦𝘦𝘥 𝘵𝘰 𝘩𝘦𝘭𝘱 𝘵𝘰𝘰."