Scan barcode
A review by iris_ymra
AWAN by Syafiq Aizat
5.0
Berkawan dengan budak ajaib mungkin akan buatkan kita jadi 'ajaib' juga, seperti Ayiq. Walaupun Ayiq memang sudah mempunyai kebolehan membaca fikiran, tetapi yang lebih berkuasa itu pada saya ialah keinginan dan rasa tanggungjawab untuk membantu dalam diri Ayiq yang saya temukan sepanjang dalam pembacaan ini; sama seperti Izaq.
Awan diceritakan dari sudut pandang Fa'iq, yang lebih mesra dipanggil Ayiq. Dalam penulisan kali ini hanya satu sudut pandang yang digunakan oleh penulis -- hanya sudut pandang watak Ayiq -- tapi tidak membataskan pengetahuan kita sebagai pembaca kerana kita juga turut sama seperti sedang membaca minda watak-watak lain; seperti watak Izaq.
Hubungan persahabatan yang kuat yang ditunjukkan dalam jalan cerita sentiasa menjadi satu faktor kisah ini menjadi sangat menarik.
Membaca perjalanan Izaq dan Ayiq dalam menyelesaikan konflik yang mereka hadapi atau koflik yang lebih banyak dihadapai watak-watak sampingan yang lain -- seolah-olah menjadi satu perjalanan yang kita turut bersama ada di dalamnya -- sebuah perjalanan dalam mencipta memori bersama watak Ayiq dan Izaq dan juga kita sebagai pembaca.
Bersama-sama dalam mencipta memori untuk turut bersama-sama kita ingati nanti; supaya nanti tidak hanya Ayiq sendiri yang mengenang memori itu tetapi, kita juga sama.
Sehinggakan sewaktu kita terlalu asyik mencipta memori dalam perjalanan ini, kita tidak menjangkakan yang kita sedang sebenar-benarnya mencipta memori untuk nanti hanya menjadi sebagai sebuah ingatan. Ayiq mungkin tidak juga menjangkakannya.