A review by zulhaniff
The Escapists by Brian K. Vaughan

5.0

Jelas The Escapists adalah love letter bukan sahaja kepada karya asal yang jadi sumber inspirasinya, malah juga meraikan kecintaan kepada proses pembuatan kraf dan seni. Kerja-kerja seni dilihat sebagai suatu yang transcendence, cetusan magik yang lahir daripada setiap pengkaryanya. The Escapists juga mengenai pengkarya yang mencari suara, dalam karya mahupun dalam makna kehidupan mereka.

Saya paling gemar dengan artwork JSA yang dark, raw dan gritty, dan sudah pastinya kekuatan novel grafik ini terserlah dengan tulisan BKV.