A review by syafiqha
Bersendiri Ke Pantai by Kamal Effendi

dark emotional hopeful medium-paced

4.0

Puisi di mulai dengan mukadimah penulis yang kehilangan permata pinjaman (isteri) dan rasa kerinduan. Aku amat tersentuh dengan bait puisi yang seolah-olah memanggil pemergian pematanya. Puisi-puisi dalam Bersendiri Ke Pantai menyentuh perasaan yang terkubur dalam lubuk hati seorang yang dikata tiada perasaan. 
Coretan puisi lebih kearah diari duka, perasaan kehilangan, patah hati dan keseorangan. Puisi yang mengingatkan mencari erti hidup kerana Tuhan dan kebahagian bersama orang tersayang termasuk diri sendiri yang lara. Ia mengajar erti kehilangan dan kerinduan yang mendalam. Aku perasan penulis rasa sangat rapat dengan kehadiran suasana hujan, pantai, langit, di pusara dan aku perhati tarikh-tarikh di hujung setiap puisi biasanya pada bulan disember. 
Dalam Bersendiri Ke Pantai, aku disajikan dengan selitan gambar yang mengamit kenangan. Walaupun hanya gambar biasa namun, aku percaya gambar-gambar tersebut ada intipatinya, ada suara halus yang mampu berbicara. Macam 2in1, aku dapat membaca puisi sambil mengamati keindahan potongan gambar tersebut. Cool!