A review by biblio_mom
Parents, Welcome To My World by Adlil Rajiah

5.0

Usai membaca buku ketiga Adlil Rajiah, saya banyak buat refleksi diri betapa kurangnya saya meletakkan diri dalam situasi anak. Walaupun kita pernah jadi kanak-kanak, tak bermakna kita faham dan tahu segala-galanya kerana setiap individu dan kehidupan yang dilalui itu berbeza. Masuklah ke dunia mereka untuk lebih memahami dan memudahkan proses mendidik anak-anak. Terbaik puan penulis! Jenakanya tak kurang. Teknik penulisan yang bersahaja membuatkan saya menghabiskan pembacaan dengan cepat. Harapnya boleh diulangbaca untuk peringatan diri.