A review by iris_ymra
KELABU by Nadia Khan

5.0

Kelabu

Truth hurts. Itu hakikat kehidupan.

Ramai wanita yang telah masuk ke dalam kehidupan Amir -- tetapi yang paling tersangat mengisi ruang hatinya ialah Suhani -- they were really a thing back in Germany sehinggalah hubungan itu berakhir bila Su putuskan, yang Amir tak dapat penuhi keperluan gadis itu. Dan bila Jun, gadis bermata sepet itu, menawarkan Amir tugas untuk menjadi kekasih tipu atas tujuan untuk membuatkan teman lelaki Jun cemburu -- the deal is sealed. Tapi deal tinggal tidak hanya deal bila mereka terjebak dengan perasaan yang serius. And now, they are, the thing.

Namun Amir hidup dalam garis kelabu -- uncertainty -- sebagaimana hubungannya dengan Jun selepas itu, Shah sahabat baiknya dapat 'melihat' semua itu dan puas sudah menasihati Amir. But the heart wants what it wants -- sebagaimana Amir dengan hubungannya bersama Jun, dan Shah dengan perasaannya buat Amir.

Selama ini Amir sentiasa yakin dengan nalurinya; dia sering ikut kata hati. But who knows what could heartbreaks do. Selama ni dia hanya ikut kata hati, tapi kalau hatinya dah patah, apa yang dia nak ikut lagi -- yang pasti sesuatu itu yang buat Amir tak akan mampu untuk nampak dengan warna jelas lagi selepas itu -- hubungannya dengan Jun, Shah, abah dan mama dan yang paling penting hubungan Amir dengan dirinya sendiri -- semuanya menjadi monochromatic.

Pada akhirnya, kehidupan hanya harus ditentukan dengan hitam putih pilihan -- pada sebuah closure yang Amir perlukan.

_______


Kelabu; memulakan pembacaan, jalan cerita saya rasa seperti kisah klise -- teman lelaki upahan, ya klise. But I should've have known, my thought was wrong to expect Nadia Khan with something cliche. Dan akhirnya pembacaan saya menjadi pengalaman rollercoaster ride dengan plot yang kebabom dia bagi twisted -- didn't see it coming, apatah lagi saya tak baca review. Kelabu boleh jadi dalam banyak hal -- sexual orientation itu salah satunya -- sepatutnya saya dah jangka, tapi I was still amazed, damn it saya tersuka sama dengan watak Amir juga. Bijak Nadia Khan susun jalan cerita, susun ayat, susun semuanya.

Saya suka bagaimana penulis mengetengahkan isu sensitif namun tidak asing seperti LGBTQ; menyelami perasaan mereka yang mengalami dan mereka yang berada di dalam ruang lingkup dengan golongan ini. Bagaimana pengajaran dan nilai yang disampaikan begitu halus dan menyentuh perasaan. Konflik hubungan kekeluargaan dan nilai keagamaan dan semestinya percintaan -- bergerak dalam penceritaan buku ini.

Hubungan yang dicipta di antara watak sangat seimbang, setiap watak peranan mereka hidup, tidak menerbitkan langsung rasa-rasa ingin rasa bosan masa membaca. Kecuali pada watak Amran yang sedikit tidak terlalu berkembang, sebab saya suka watak Amran mungkin kerana personalitinya yang sama macam Shah, dan saya suka Shah haha-- jadi saya berharap juga watak Amran dapat berkembang lagi.

Bahasa penulis juga santai dan lucu, dan buat saya rasa macam penulis ialah seorang lelaki walhal Nadia Khan jelas-jelas ialah seorang wanita. Bermaksud betapa watak itu hidup dengan perwatakan mereka -- sebab terasa lebih banyak watak-watak lelaki di dalam buku ni berbanding perempuan.