A review by imandanial
Neil Gaiman's Midnight Days by Neil Gaiman

3.0

Komik yang aku biasa baca ada 2: manga (Jepun) & manhwa (Korea). Aku ambil masa juga untuk membiasakan diri dengan komik gaya Amerika ini.

Strok lukisan mereka jauh berbeza, itu yang pasti. Aku tahu Neil Gaiman pernah menulis untuk DC Comics; kisah adiwira, seram dll.

Midnight Days menghimpunkan 6 komik terawal Neil sewaktu bekerja dengan DC Comics.

Sedang-sedang sahaja bagi aku, kerana setiap wataknya berkonteks (Swamp Thing, John Constantine dalam DC Universe), jadi aku tak boleh nak appreciate cerita mereka sebagai standalone story sebab tak biasa.