A review by syanizanadhira
Senaskhah Hidup by Azzah AR

dark emotional sad tense slow-paced
  • Plot- or character-driven? Plot
  • Strong character development? Yes
  • Loveable characters? Yes
  • Diverse cast of characters? No
  • Flaws of characters a main focus? Yes

3.75

Isu yg dibincangkan unik dan menonjol sebab banyak novel melayu hanya kisah cinta. Tapi isu yg dipilih untuk buku ni matang dan mengajak pembaca berfikir. Harap lebih banyak lagi penulisan yang begini, ada kisah cinta tapi bukan sebagai plot utama, sebab hidup ni lebih daripada "aku suka kau, kau suka aku atau dia?". Saya fikir kalaulah buku macam ni yg saya baca masa di bangku sekolah, mungkin sekarang saya lebih pintar dan minda saya lebih terbuka.

Dari segi penulisan dan penyusunan babak, rasa macam bersepah sikit, mungkin sebab nak setting latar belakang 3 watak sekaligus sebelum nak menyatukan watak2 ni dalam satu cerita. Banyak jugak nama watak yang tak signifikan, tapi disebutkan jugak. Bila watak extra ni diberi nama, pembaca ingatkan mereka penting untuk cerita, tapi rupa2nya tidak. Jadi agak serabut di situ. 

Dialog agak cringe, macam banter dalam movie/drama zaman erra fazira dan yusry kru bercinta. Kadang2 macam watak2 ni punya personaliti yg sama, sebab cara mereka bergurau/berbual/pilihan perkataan/ekspresi muka kelihatan serupa. Tak semua watak perlu sarkastik atau "cool". Kadang2 saya baca dialog dan fikir "ada ke manusia dalam realiti bercakap macam ni?". 

Buku ni mungkin boleh dipendekkan lagi, sebab ada banyak scene yg tak berapa penting pada plot. Dan ada beberapa scene yg wujud semata2 untuk penulis bincangkan pasal isu berkaitan industri publishing, tanpa isu itu melibatkan watak2 secara aktif, atau membantu plot cerita sama sekali. 

Overall, buku ini menarik, cuma perlukan editor yang lebih baik. Memandangkan ini debut penulis, saya look forward untuk baca buku penulis selepas ini. Saya harap buku ni diadaptasikan supaya drama melayu dapat keluar daripada cliche kisah cinta yang sudah berulang2. Sudah tiba masanya untuk kita buka minda masyarakat dengan karya sebegini.