A review by biblio_mom
Darlingku Minah Angau by Rabihah Nur Ridhuan

2.0

Komik ini diinspirasikan daripada novelnya yang juga bertajuk Darlingku Minah Angau. Mengisahkan seorang pelajar Universiti yang mendaftar masuk ke institusi pengajian itu semata-mata mengikut jejak lelaki yang dicintainya sejak bertahun yang lalu setelah kematian ibunya di Finland. Dalam masa yang sama, pensyarahnya, seorang jejaka tampan dan muda bernama Dr. Mishka, tidak menyukai sikap angau Danisha & dia kerap kebetulan berada di tempat Danisha ditimpa kejadian-kejadian buruk, memaksa dia menjadi hero penyelamat. Konflik berlaku setelah suatu kejadian terburuk menimpa Dr. Mishka.