A review by _honeydelarose
Telepon Genggam by Joko Pinurbo

funny lighthearted reflective relaxing medium-paced
  • Plot- or character-driven? N/A
  • Strong character development? N/A
  • Loveable characters? Yes
  • Diverse cast of characters? No
  • Flaws of characters a main focus? No

4.0

“Engkau tidak takut sekian lama tinggal sendirian? Engkau tidak kesepian? Oh, tidak. Mungkin malah sepi yang takut dengan kesendirianku”

Deskripsi:
Merupakan satu himpunan puisi, “Telepon Genggam” itu sendiri hanyalah salah satu kisah yang di lampirkan dalam koleksi ini. Awalan puisi-puisi yang ditulis merefleksikan kehadiran telepon genggam di tengah-tengah kemajuan hidup. Saat ini, telepon genggam sangat lekat dengan kehidupan dan problematika manusia. Di mana orang-orang seperti tidak dapat lepas dari telepon genggam tetapi menurut penulis, telepon genggam itu lah yang lebih erat menggenggam si empunya.

Jujurnya, puisi secara general bukan lah satu genre sastera kegemaran untuk saya baca dan telaah - bukan kerana membenci, saya malah amat mengagumi prosa-prosa yang puitis cumanya saya selalu akan berasa kecewa kerana gagal memahami sesetengah apa yang cuba disampaikan. Ini kerana bagi saya, untuk menyampaikan sesuatu idea adalah penting untuk mesej yang disampaikan itu mudah difahami oleh pembaca atau pendengar. Tetapi itu lah seni, bukan semuanya perlu dilontarkan secara literasi?

Untuk itu, saya sebenarnya merasa senang dengan karya Joko Pinurbo ini kerana keseluruhan yang ditulis sebenarnya adalah sangat mudah dihadam. Boleh saya katakan, puisinya tidak ditulis dengan struktur sajak yang tipikal atau sepatutnya aturan sistematik sebuah puisi - tidak berirama, tidak berjargon dan tidak bermesej bersirat setiapnya. Karya puisi beliau yang dibuat bebas ini saya rasa istimewa kerana unsur-unsur keseharian, santai dan lucu yang dipenakan tanpa perlunya metafora melampau. 

Dari puisi terpendek “Selamat Tinggal” hingga yang terpanjang “Laki-Laki Tanpa Celana”, kalimat-kalimat yang diaturkan membuat saya sebagai pembaca terpana dengan bahasanya yang mudah, lancar dan berasa nikmat kerana tidak perlu memaknainya sedalam yang serius. Namun, walau kurang kerja pembaca untuk mendalami, bukanlah maksudnya karya ini adalah karya yang mudah dinukil atau ‘malas’, ianya karya yang segar dan memberikan pengalaman yang sangat mengasyikkan.

4 🌟