A review by biblio_mom
Merawat Cinta dalam Rumah Tangga by Pahrol Mohamad Juoi

3.0

Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga merupakan sekuel bagi Bawa Cinta Kita Ke Syurga yang lebih kepada asas pembentukan sesebuah keluarga yang harmoni dan bahagia, manakala sekuel ini memfokuskan tentang rawatan kepada keretakan rumah tangga dengan menelusuri makna cinta yang sebenarnya.

Salah satu matlamat pembacaan saya untuk 2022 ini adalah membaca lebih banyak buku berkaitan rumah tangga dan keibubapaan. Pilihan saya untuk membaca buku bersiri Ustaz Pahrol ini tepat sekali. Cuma saya rasa tiada keperluan untuk ia dijadikan siri memandangkan ada beberapa isinya yang berulang dan bagi harga RM30 (SS) sebuah, buku ini lebih sesuai digabungkan menjadi sebuah, tetapi dibahagikan kepada dua bahagian menjadikan ia bacaan padat.

Yang dulu dirasakan manis pada awalnya, berunsur tawar akibat pelbagai isu yang sering didiamkan akibat masalah komunikasi yang menjadi rangka permasalahan dalam kebanyakan rumah tangga. Sebelum tawar bertukar pahit, eloklah ditambah kemanisannya dengan membaca buku ini.

Dapatan saya :
- Walaupun mencintai diri sendiri itu penting, setelah berkahwin kita perlu belajar berkongsi kasih. Kasihkan diri, kasihkan pasangan, dan kemudiannya anak-anak. Jangan bahagikan cinta, tapi kongsikan cinta.
- Cinta pada manusia itu boleh membunuh keimanan. Apabila cinta pada pasangan melebihi cinta pada Sang Pencipta Cinta itu sendiri, ia membinasakan.
- Mintalah dan berilah kemaafan kepada pasangan sebelum tidur agar hati tenang tanpa dendam. Susah, tapi perlu. Jika kesalahannya terlalu besar, cuba hadapi dengan tenang, dan selesaikan dengan cara dan jalan yang betul.