A review by mobyskine
KONSUM by David Cronenberg

2.0

Awal pembacaan asyik fikir apa yang saya baca ini. Satu kegilaan atau hal pelik-- belum dapat vibe jalan cerita. Nak kata ia satu kerja translasi yang bagus pun tak dapat. Hingga ke mukasurat 100, tentang Naomi dan Nathan dan satu penyakit STD yang buat Naomi menjerit celaka! celaka! dari dalam kapal terbang-- sehingga itu baru saya sedikit catching up dengan jalan cerita. Hal aneh tentang anak beranak Roiphe dan misteri Arosteguy agak mengujakan, tapi jujur cakap-- susah nak hadam sangat relation semua yang jadi (tak pasti ini masalah translasi atau jalan cerita memang rumit macam itu).

Pekerjaan Nathan dan Naomi sangat aneh. Okay ia cuma fotojurnalis dan penulisan artikel/buku, tapi caranya saja saya tidak boleh tahan. Nathan dan kes sindrom Roiphe, saling kaitan dengan misteri Arosteguy, si lelaki falsafah berideologi Marxist yang mahu jadi orang Jepun, dengan isteri yang (kononnya) mati dipotong-potong (kes yang bawa Naomi menjejak Jepun). Jalan cerita intense dan banyak kali buat saya keliru. Agak gore dan thrill-- hal-hal psikopatologi, terapi atau trauma tak masuk akal dan ritual makan daging sendiri.

Hubungan-hubungan asmara yang pelik dan bagaimana Célestine mati barangkali kerana kanser atau khayalan neurotik-- cerita tentang filem, Korea Utara, agama serangga yang harus dihapuskan dan kisah audiologi. Penyampaian cerita berbunyi klasikal, seperti satu teater di atas pentas. Translasi yang buat saya keliru dengan metafora-metafora hingga rasa nak letak tepi dan berhenti seksa otak sendiri.

Bahagian komplot Perancis-Célestine-Korea Utara itu buat saya sedikit terkejut juga dengan kata Elke-- like how? Cerita dah masuk scene misteri dan penemuan Naomi tentang hal dalam laptop Arosteguy mengungkap satu-satu persoalan tentang Célestine.

Satu jenayah sosial dan psikoseksual, dua fotojurnalis yang terjerat di tengah-tengah. Terlalu confusing bagi saya, malas nak faham sudahlah ending buat saya terkedu, agaknya penulis sangat sengaja. Probably just another Cronenberg thingy and fetish.