A review by iris_ymra
Pendiam? by Aqila Masri, Aiman Amri

4.0

Pendiam; buku ini banyak penekanan dalam memberitahu apa itu sebenarnya introvert, ekstrovert dan juga ambivert -- yakni merupakan personaliti dan cara individu dengan setiap peronaliti-personaliti ini masing-masing memproses social plesure.

Pada saya bagi individu introvert yang selama ini berasa rendah diri dengan personaliti mereka ini -- Pendiam ialah buku yang akan memberikan pandangan yang mampu untuk individu ini menerima dan mengangkat semangat dalam diri mereka meskipun selama ini sering kali berasa amat rendah diri. Kerana melalui buku ini, kita dapat melihat bahawa pada apapun jenis personaliti bukan lah merupakan sebuah kekurangan mahupun kelebihan. Kerana setiap personaliti mempunyai kekuatan yang hanya perlu untuk lebih diterokai.

Buku ini juga mengemukakan situasi pada setiap bab, yang bagi seorang pembaca introvert akan mampu untuk relate pada situasi-situasi ini dan mampu memberikan pula gambaran sebuah pandangan seorang introvert kepada mereka yang memiliki personaliti extrovert yang selama ini mungkin tidak tahu bagaimana gambaraan situasi ini pada sudut pandang seorang individu berpersonaliti introvert.