takip's profile picture

takip 's review for:

Remina by Junji Ito
3.0
adventurous dark mysterious tense medium-paced
Plot or Character Driven: Plot
Strong character development: No
Loveable characters: No
Diverse cast of characters: No
Flaws of characters a main focus: No

Resensi Azab Remina
Karya: Junji Ito
Terjemahan: Smiley 

Amaran Pencetus: Pembunuhan, Penderaan.

"Apa kau rasa bila tau semua orang nak kau mati..."

Azab Remina, sebuah manga bergenre seram/fiksyen sains, mengisahkan penemuan sebuah planet misteri yang dinamakan 'Planet Remina' oleh Prof. Ooguro bersempena nama anak kesayangannya. Apabila berita Planet Remina yang membawa kemusnahan sedang menghampiri Bumi mula tersebar, situasi panik menyelubungi masyarakat lalu mereka mula menyalahkan Remina dan ayahnya sebagai punca malapetaka ini berlaku.

Manga ini bertemakan kepelbagaian sifat sebenar manusia yang muncul apabila keadaan mendesak. Keadaan tersebut digambarkan sepanjang penceritaan melalui perspektif Remina dan ayahnya cuba menyelamatkan diri daripada  menjadi mangsa sebuah spekulasi. Keadaan Bumi menuju kehancuran berjaya digambarkan dengan suasana yang begitu kelam kabut di mana manusia masing-masing hanya memikirkan kemandirian diri. Selain itu, reka bentuk Planet Remina sebagai planet hidup yang membawa bencana pula tidak dinafikan membawa imej yang menggerunkan dengan habitat yang begitu asing. Walaupun premisnya menarik, namun plotnya dirasakan biasa sahaja dengan watak yang kurang meyakinkan, hanya ilustrasi sahaja yang berjaya meraih perhatian pembaca sehingga ke penamatnya yang membuatkan pembaca berfikir sejenak akan keluasan dan kesunyian alam semesta. Seperti judulnya sebelum ini, akan ada manga pendek tambahan, kali ini berjudul 'Kraf Mayat'. Manga pendek kali ini mempunyai  misteri pembunuhan yang sangat menarik namun penamatnya meninggalkan beberapa persoalan begitu sahaja.

Secara kesimpulannya, manga ini masih mengekalkan suasana yang mampu menimbulkan ketisaksenangan ketika membacanya. Walaupun penceritaannya lemah, mesej utamanya jelas iaitu kewujudan Planet Remina ini sebagai peringatan  bahawa manusia umpama debu di alam semesta ini. Sebagai penutup, memang tidak dapat dinafikan Junji Ito adalah  pakar dalam menerapkan ketakutan dalam diri pembaca dan kali ini dirinya cuba untuk menceritakan betapa seramnya angkasa raya itu namun sedikit menghampakan.

Expand filter menu Content Warnings