A review by blvrread
Dunia Tanpa Tembok II by Ayman Rashdan Wong, A.R.W

4.0

Fuh! What a journey throughout 2018 in a political world.

ARW cuba untuk menerangkan tiga kunci utama kepada dasar perluasan pengaruh dalam kalangan negara-negara iaitu kuasa, geografi dan identiti.

Kuasa lebih kepada pertarungan ekonomi (AS-Rusia, AS-China) , geography is destiny sering disebut-sebut terutamanya dalam bab kebelakang yang menceritakan tentang perebutan kuasa di Timur Tengah yang tak sudah. Identiti lebih menarik dan luas diceritakan, dari zaman Empayar Rom dan Parsi, konsep "semua di bawah langit" China, konsep perbezaan identiti yang menjadi punca masalah di Timur Tengah, dan negara-negara yang claim mempunyai identiti dan sejarah yang hebat untuk meningkatkan imej dan maruah.

Walaupun diceritakan secara ringkas namun padat, ARW telah memandu kombinasi cerita dengan agak baik dari DTT 1 hingga 2. Terdapat rentetan sejarah dari DTT 1 menyebabkan bab-bab yang dibaca mudah untuk dikaitkan pembaca.

Going through the third book now!