A review by nura_aziz
Kitab Pertanyaan by Pablo Neruda

3.0

Rupanya memang setiap baris puisi dalam buku ini ialah pertanyaan. Patutlah ia dinamakan Kitab Pertanyaan.

Cuma mungkin saya yang belum bersedia untuk membaca buku puisi ini, kerana ianya tidak memberikan saya perasaan yang mendalam. Malahan lebih banyak yang tidak difahami. Dan ada juga yang bercanggah dengan kepercayaan saya.

Ingatkan buku puisi yang nipis ni dapat dihabiskan dalam jangkamasa yang singkat, rupanya walaupun ringkas tetapi sukar untuk difahami. Memang tak boleh nak baca laju-laju. Dan buat beberapa ketika, saya misplaced pulak buku ni, so bertambah lambat la masa nak habiskan.

Rasanya perlu dibaca lagi di masa yang lebih sesuai.