A review by blvrread
Atas Nama Malam by Seno Gumira Ajidarma

3.0

Tentang orang-orang malam, tentang orang-orang yang sering dalam kegelapan. Tentang realiti kepahitan kehidupan... "kerana manusia itu tidak diberi pilihan lain selain meneruskan hidup."

Mencari-cari alasan di antara keenakan pekerjaan mereka antara suka atau terpaksa. Meniti nasib mereka di malam hari ketika orang normal semua lewat merehatkan diri.

Cerita orang malam, kumpulan cerpen yang dititip dari sudut kegelapan hidup. Banyak dicerita tentang peristiwa buruk semalaman, atau tenang sahaja mencerna POV dari seorang pelacur mahupun anaknya yang tidak tahu berbapakkan siapa.

Cerpen paling sedap (dan agak straightforward) bagi aku: Pelajaran Mengarang, Episode.