A review by biblio_mom
Bawa Cinta Kita ke Syurga by Pahrol Mohamad Juoi

3.0

Bak kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada ‘apa’ atau ‘siapa’ yang dicintainya.

- Ada isteri yang sudah semakin ‘toleransi’ dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, si suami biarkan sahaja tudungnya yang semakin singkat, saiznya semakin sendat dan melekat. Tangannya terlihat, helaian rambutnya sedikit berjuntaian. Solat pasangan sudah mula culas, tidak tetap waktu dan terlalu ringkas pula. Didiamkan si suami kerana TERLALU SAYANG.
- Ada suami yang dulunya rajin ke kuliah agama, bersedekah dan berdakwah, namun semangatnya merudum, mula leka dengan TV dan aktiviti yang tidak menyuburkan imannya. Si isteri hanya melihat kerana TERLALU SAYANG.
- Ada yang terlalu cintakan anak hingga anak-anak tidak solat Subuh, kasihan nanti mengantuk kerana kurang tidur. Tidak dilatih puasa, kasihan nanti lapar dan haus. Betapa ramai ibu bapa yang hakikatnya ‘menghumbankan’ anak-anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Kerana TEELALU SAYANG.

“Sedikit ibu bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya”.

Ringkasan pembacaan m/s : 150-152

Bacaan pertama tahun 2022 yang bermanfaat. Bacaan ringan yang bersifat straightforward ini mudah difahami & diamalkan oleh pasangan sudah berkahwin agar pemanduan ke titik terakhir, yakni syurga, menjadi lebih lancar.