A review by _readwithsha
Rumah Di Hidden Hill by Zura Anwar

5.0

✍️ Book Review

TW: pembunuhan, psycho,

Liana pelik, yang rumah sebesar itu di jual murah, namun dia bersyukur kerana dapat berpindah ke rumah idamannya. Di rumah itu, bermulalah adegan misteri seperti yang dikatakan. Sehinggalah dia menemukan sebuah diari dari pembantu rumah yang bernama Kirana. Pembantu rumah itu mencatatkan semua kejadian yang berlaku di rumah tersebut . Dan kerana perasaan ingin tahu Liana lebih dari perasaan takut, dia menafikan semua 'gangguan' yang terjadi di rumah agam itu.

Kamal, suami Liana, dia sudah lama diberhentikan kerja tanpa pengetahuan Liana. Dia "membeli" rumah agam atas sebab kegawatan ekonomi dan memandangkan tidak lama lagi hendak menimang cahaya mata, rumah baru itu sesuai untuk mereka sekeluarga nanti.

Kamal tahu tentang kejadian yang pernah menggemparkan suatu ketika dahulu, namun dia merahsiakan dari Liana kerana tidak mahu isterinya risau.

My