A review by iris_ymra
Sedetik Lagi (Sekali Lagi, #2) by Auni Zainal

3.0

“Benda yang dah berlaku, walaupun ia berada pada garis masa akan datang, tetap dah berlaku kan? Ia dah jadi masa lalu!”

_______

Setelah Khalis kembali ke garis waktu beberapa tahun ke belakang, dia tidak mampu untuk kembali lagi ke waktu semasanya. Sembilan tahun setelah dia terbang ke masa lalu -- dan mengetahui tentang bagaimana masa hadapan akan berlaku -- dalam tempoh itu Khalis terus hidup dalam paranoia.

Bertemu dengan Pakcik Leh -- yang sering menceritakan kisahnya bersama Yah -- sewaktu Khalis dimasukkan ke dalam hospital, telah membawa kepada pertemuan dengan Nik dan Liana. Dan pertemuan itu akhirnya membuatkan Khalis sedar yang dia tidak sendirian berada dalam relung masa. Mereka ialah orang-orang yang telah terperangkap dalam garis lurus ruang masa, pemilik-pemilik kepada diari merah sebelum Khalis.

Dengan harapan serupa untuk kembali ke kehidupan semasa masing-masing, Diari Merah sepatutnya ialah jawapan buat mereka, dengan halaman-halaman pertama perlu untuk merungkai semua.

______

Sedetik Lagi; penceritaan buku ini laju. Sedari awal kita telah disajikan terus dengan konflik. Mengambil kira buku ini ialah sambungan daripada Sekali Lagi, pada saya akan lebih mudah untuk difahami hanya setelah membaca buku pertama tersebut.

Pengunaan bahasa yang mudah dan santai, serta struktur ayat yang tidak kompleks tetapi masih cantik sangat membantu pembacaan. Kerana pada saya buku ini plotnya agak rumit -- pada saya juga jalan cerita buku ini agak tergesa-gesa banyak persoalan yang timbul dalam minda sepanjang membaca, yang kalau pada saya, perlu untuk ada penjelasan atau mungkin penulis sengaja membiarkannya sebegitu untuk pembaca merungkai sendiri.

Usai pembacaan, sebenarnya saya berharap yang buku ini ditulis dengan lebih panjang lagi -- because I want more. Banyak pontensi yang saya lihat tertinggal; banyak emosi yang seperti tak sempat diserap jiwa, banyak plot twist yang lebih menarik andai dikembangkan, watak-watak yang perlu diberi 'kehidupan' -- maaf bunyinya dramatik (haha).

But all in all, I love this book that's why I want it to be more. Tahniah penulis.