A review by iris_ymra
HOMOFAKTA - Membetulkan Persepsi & Auta Tentang LGBT by Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

5.0

Homophobia -- an extreme and irrational aversion to homosexuality and homosexual people.
______

Homofakta membincangkan tentang isu terkini berkaitan LGBT, dari segi persepsi dan fakta mengenai isu ini. Penulis mengemukakan banyak pandangan dan penafian dalam hal ini. Dari tuduhan dan label yang diberikan oleh golongan mahupun penyokong LGBT terhadap mereka yang menolak amalan LGBT sebagai homofobia, walhal kebanyakan tindakan menolak amalan LGBT adalah disokong dengan fakta kesihatan yang lebih penting berbanding hanya 'hak asasi' yang dilaung-laungkan oleh golongan ini.

Saya juga dapat melihat betapa 'hak asasi' yang dituntut ini sebenarnya telah mengambil lebih banyak hak asasi golongan lain -- hak beragama, hak wanita, hal dalam memiliki kesihatan. Bahkan golongan ini juga dengan mempertahankan 'hak asasi' yang hanya menuntut kemahuan nafsu sebenarnya secara tidak langsung telah menafikan sendiri hak kesihatan yang lebih penting untuk mereka miliki.
______

Buku ini pada saya masih sebuah pembacaan yang ringan namun tetap penuh dengan ilmiah. Penulis menerangkan fakta-fakta dalam gaya penulisan yang mudah kita fahami, dalam masa yang sama turut memberikan sumber rujukan kepada setiap info yang dilampirkan di dalam buku ini untuk memudahkan pembaca membuat rujukan lebih lanjut.

Tiada unsur kebencian dibawa oleh buku ini dan hanya membawa penerangan fakta kepada pembaca -- yang mana pada saya amat sesuai untuk dibaca oleh setiap golongan termasuk lah juga golongan LGBT kerana apa yang dikemukan di dalam buku tetap terpulang kepada pembaca untuk mengentepretasikannya serupa apa.

Semoga setiap daripada kita mampu menangangi kecenderungan pada tuntutan nafsu yang berisiko ini, dan lebih mampu untuk memenuhi tuntutan kesihatan yang lebih utama dan bermanfaat buat diri sendiri dan masyarakat.