A review by iris_ymra
EBLYS by Fatinilam Sari Ahmad

4.0

Pertemuan Mim denga Eblys pada malam tahun baru ketika dia berniat untuk membunuh diri telah membawa kepada satu kehidupan yang dia fikir selama ini ialah hidup yang dia mahukan setelah memetrai janji dengan makhluk itu.

Hidup dengan identiti orang lain, Mim -- yang telah menjadi Zack -- memerlukan dia untuk melakukan pengorbanan untuk janji yang telah dibuat dengan Eblys -- mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. Yang akhirnya membuatkan Zack sedar dia tidak inginkan kehidupan itu, dia mahu menjadi Mim semula.

Namun sentiasa ada yang akan menjadi galang gantinya, nyawa mahupun kewarasan minda -- memetrai perjanjian dengan makhluk itu -- Eblys -- tidak hanya dengan percuma. Hidup Zack, Mim, Dr. Rukhan dan Ro Ha akhirnya menerima kesan -- daripada sebuah perjanjian yang termetrai pada tahun baru seterusnya.

______

Penceritaan buku ini terbahagi kepada beberapa POV. Permulaan cerita pada saya berkembang dengan terasa sangat perlahan. Meskipun wujud unsur  misteri jenayah itu, namun trill tersebut tidak begitu terasa. Mungkin kerana saya memang terbiasa menonton rancangan criminal investigation, dan memang sudah terbiasa dengan scene yang lebih mengerikan dan sadis jadi saya rasa dalam buku ini unsur itu hanya pada tahap mediocre. Saya berasa sedikit bosan juga sepanjang hampir daripada separuh buku ini.

Namun, perkembangan cerita semakin lebih cepat bergerak ketika mamasuki POV watak yang kedua, unsur twist dan suspen lebih menjadi selepas memasuki bahagian kedua. Saya juga lebih gemar dengan gaya penceritaan selepas memasuki bahagian kedua -- tidak terasa meleret dan tidak juga tergesa-gesa sehingga meninggalkan banyak persoalan. Dan separuh akhir daripada cerita ini yang menjadi penyelamat buku ini daripada masuk kepada kategori biasa-biasa saya.

Pada saya juga buku ini seperti berubah genre dari awal cerita ke akhir, daripada mystery thriller kepada romance -- tetapi tidak lah begitu ketara sehingga mengubah plot utama cerita ini.