A review by syafiqha
Tiba-Tiba, Dia Ada by Rehan Makhtar

funny lighthearted reflective relaxing medium-paced

3.25

 
My first ever, Rehan Makhtar’s books. 

Awalnya, aku tertarik nak baca TTDA kerana ada penggunaan bahasa german dan seorang bookstagrammer yang berjaya menghasut.

Perasaan aku pada suku pertama, agak kurang gemar pada perbezaan umur antara Arya dan Ayie. Since Ayie lebih muda 7 tahun dari Arya. Namun nasib baik, kematangan Ayie lebih menonjol dari kemanjaannya. Ayie pula manis dan setia orangnya. That’s his strength. 

Arya. Seseorang yang bijak dalam mengatur hidupnya dari segi emosi, kata-kata dan pemilihan hala tuju hidup. Terbukti Arya pantas dalam menghujahkan kata-kata dan melontarkan nasihat yang berkesan. Pendekatan yang Arya guna juga sangat friendly dan bersemangat nak membantu that one person. I’m not gonna spoil it. 

Ingatkan konflik dan drama dalam TTDA ni, ada satu sahaja. Ada kejutan dekat hujung-hujung tu and I love it! It’s different. Tajuk pun ‘tiba-tiba’ of course banyak scene tiba-tiba. Dari segi penulisan, (since buku ni diterbitkan 2014, it’sokay) banyak pengulangan perkataan seperti ‘bau hanyir’ dan ‘tiba-tiba’ yang agak annoying bila baca. 

TTDA boleh dikatakan relaks, tak berat sangat plot dia. Sekarang boleh kot, nak try buku heavy by Rehan Makhtar.