eisya's reviews
56 reviews

Depresi: Terpuruk Rasa Ingin Mati by Zul Azlin Razali

Go to review page

informative reflective

5.0

So here I am, writing about this book. Depresi, tulisan Dr. Zul Azlin Razali. 16 bab, 163 muka surat. Aku beli pun rawak je, alang-alang tengah menghabiskan baucer buku RM 30. Juga nak mendidik diri tentang apa sebenarnya depression ni. Sebab sesetengah orang guna istilah 'depression', tapi entah tahu entah tidak, apa yang dikatakannya. Agaknya boleh tidak, aku katakan, semua orang perlu dan patut tahu tentang isu kesihatan mental ni? Mungkin sekarang diri ini tiada masalah kesihatan mental, namun itu tidak menjanjikan, untuk selamanya. Mungkin pengetahuan ni, untuk keluarga kita, kawan-kawan kita, kenalan yang tak rapat dengan kita, tapi tiba-tiba nampak macam ada yang tak kena, so what should we do to help them in a right way?

Sebagai seorang yang tiada pengetahuan tentang psikiatari, boleh dikatakan buku ni sesuai untuk aku, untuk kita yang zero knowledge about psychiatry. Adalah sikit-sikit diselitkan tentang otak; sinaps, neurotransmitter etc., tapi aku rasa, tak menjadi masalah. Aku minat dengan gaya penulis meletakkan rujukan pada sesetengah perkataan yang perlu untuk diperjelaskan. Sekali dengan link, wah I like. Pada setiap bab juga, diletakkan sumber mana yang digunakan. Jadi senang kalau ada yang tak jelas, ataupun perlu untuk membuat rujukan lanjut.

Bermula bab 10, penulis mula memasukkan topik tentang keterkaitan masalah kesihatan mental dengan agama, ataupun spiritual - histeria, rasuk, jin, syaitan dan sebagainya. Bolehkah untuk kita katakan, orang yang berdelusi itu, dirasuk? Boleh jadi juga, dia menghidap schizophrenia. Aku suka pilihan penulis untuk menerangkan tentang, adakah pesakit psikiatari ni, sekadar makan pil dua tiga kali, wah sudah boleh sembuh. Adakah semudah begitu? Di akhir penulisan, beliau rumuskan tentang pendekatan yang seimbang dan lengkap; bio-psiko-sosio-spiritual. Itu salah satu yang menjadi persoalan aku sejak beberapa bulan yang lalu. So I'm a satisfied reader

Expand filter menu Content Warnings
Ahli Alkimia by Paulo Coelho

Go to review page

3.0

Jadi semalam aku dah habis baca Ahli Alkimia. Buku ni, boleh la aku katakan, sedikit berat untuk dihadam bermula dari Bahagian 2 buku ni, kalau pembaca dia menganggap setiap isi dalam buku ni ada mesej tersirat. Tanggapan aku mula-mula, sebelum beli, baca tajuk, aku anggap buku ni sebagai buku genre biografi. Selepas tinjauan, aku kira buku ni sebagai buku fiksyen. Dan masuk Bahagian 2 aku baca, aku anggap buku ni buku bukan fiksyen dalam fiksyen. Non-fiction in a fiction book. ngeh. Kenapa aku beli buku ni? Sejujur-jujurnya aku rasa mungkin sebab buku ni kerap lalu dekat ig, ataupun timeline twitter aku. Aku pun peminat buku terbitan Bibliophile, jadi aku pun, why not